Simple je, PayBox ni tak lama lg nak launching, so sblm launching dowang perlukan members, so setiap dh regster automatik akan diberikan USD50 dlm akaun korang, so bole di tkr pada cash kemudian... Senang je...
Sunday, October 17, 2010
PayBox.. register terus dapat USD50...
Simple je, PayBox ni tak lama lg nak launching, so sblm launching dowang perlukan members, so setiap dh regster automatik akan diberikan USD50 dlm akaun korang, so bole di tkr pada cash kemudian... Senang je...
Saturday, October 16, 2010
5th CONVOCATION CEREMONY
Last week pg Unisel, settle kan pasal transkrip n amik result praktikal lps.. errm dapat 4.00 hehehe... pastu semak list nama utk konvo next month, Alhamdulillah nama aku tersenarai...
Apa apa pon aku bersyukur n berterima kaseh sgt2 kepada ahli keluarga, sahabat handai yg sentiasa menyokong aku sepanjang bergelar student dulu...
Bila kenang2 balik, rasa mcm sekejap je masa berlalu.. ingat lg masa nak smbg belajar, smp kena merajuk2 tak kuar bilik tau sbb mak aku tak kasik berenti keje.. masa tu keje Xray Technician kat klinik...
Ingat lagi dak Nazri dgn dak Aidi antar pg Unisel... sayang korang, koranglah besfren aku smp bila2.... Bila kat campus lak, bertambah la ramai kawan2 aku, tp sume dh mcm adik2 aku dh... Abg pon sayang korang...!
Tak lupa juga pada sume kawan2 yg support dr belakang, tq ssangat2....
Lagi satu, doakan kejayaan aku k, semoga dpt mengubah prestasi diri dan membahgiakan keluarga... Amin
Wednesday, September 15, 2010
'Bayar dulu duit hantaran kahwin saya' Abby Abadi...
"SEPATUTNYA Norman Hakim jelaskan dulu hutang wang hantaran kahwin saya sebanyak RM11,111.11 dan kemudian barulah dia beri pula wang hantaran baru kepada orang lain," pinta Abby Abadi, 32, kepada bekas suaminya, Norman Hakim, 34, yang dijadualkan bertunang dengan Memey Suhaiza Suhaimi, 22, pada raya keempat kali ini.
Pengakuan menggemparkan Abby atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan itu dibuat kepada Rap, baru-baru ini.Kata Abby, dia tiada hak untuk menghalang Norman bertunang atau berkahwin lagi tetapi meminta agar diselesaikan dulu hutang wang hantarannya lapan tahun lalu (mereka menikah pada 8 Januari 2002) dan apa yang sewajarnya dilakukan sebagai seorang ayah kepada tiga anak mereka, Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2.
"Saya bersyukur dengan kehidupan saya dan apa yang baik untuk Norman. Saya tak kisah pun kalau mereka nak berkahwin tapi masalahnya sekarang sebelum dia sediakan wang hantaran baru, dia perlulah bayar hantaran saya dulu. Wang itu boleh juga saya gunakan untuk perbelanjaan anak-anak kami. "Mereka semakin besar dan perlukan perbelanjaan yang banyak. Selama ini apa yang Norman buat tak seperti yang diucapkannya. Sejak dulu saya menanggung semuanya. Sekarang pun dia masih tak menanggung nafkah anak-anak dengan sepenuhnya. Dia cuma bagi ala kadar dan ikut suka hati.
"Saya tahu dia akan berlakon sama dan saya ambil tawaran itu pun demi mencari rezeki untuk anak-anak. Saya tak kisah langsung berjumpa dia di lokasi yang sama. Saya pun bukannya orang gila nak bergaduh tak tentu pasal."Ingatkan apabila sudah berdepan dengannya bolehlah dapat bajet untuk belanja raya tapi tak nampak bayang pun. Selama ini saya berdepan dengan manusia yang tidak ada hati dan perasaan.
"Di lokasi saya buat biasa saja dan kalau perlu bercakap pun berkaitan anak-anak. Kalau tak sebab anak, saya tak perlu ambil tahu apa pun yang terjadi padanya. Banyak perkara yang dia patut selesaikan dan dah berjuta kali saya cakap tapi bak kata pepatah, macam curah air ke daun keladi, tak berbekas langsung. "Apa yang saya buat dan cakap, seolah-olah tak memberi impak kepadanya.
Kunci kereta ditemui - Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati, Jutawan Kosmetik..
KUALA LUMPUR: Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam.
Polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.25 malam sebelum dua suspek terbabit membawa mereka ke kawasan semak kira-kira 50 meter dari tempat letak kenderaan apartmen itu.
Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek.Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.
Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.“Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.
“Suspek yang melakukan perbuatan ini boleh dianggap kejam dan langsung tidak berhati perut kerana membiarkan mangsa menderita sebelum menemui ajal.“Malah, mereka diperlakukan umpama haiwan hanya kerana sikap suspek yang dikatakan terlalu tamak dengan wang ringgit,” katanya
Difahamkan, tahi lembu digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran semua mangsa terbabit dengan tujuan menghilangkan bukti bagi mengelak perbuatan mereka dihidu. Harian Metro semalam melaporkan polis menemui pisau dipercayai digunakan kumpulan pembunuh itu yang dibuang dalam sungai selepas seorang daripada suspek memberikan maklumat kepada polis.
Turut dibuang bersama pisau itu adalah abu mayat semua mangsa yang dihanyutkan dalam Sungai Panchau, serta beberapa parit kecil berhampiran di mana arusnya mengalir ke laut.Harian Metro turut difahamkan semua pekerja di ladang terbabit warga tempatan dan mereka dikatakan menerima ‘habuan’ berbentuk wang ringgit daripada peguam bergelar Datuk itu.
Malah, perbuatan kejam ini bukanlah kali pertama dilakukan kumpulan pembunuh berkenaan dan mereka juga sebenarnya disifatkan sebagai tidak profesional namun faktor bernasib baik, lebih memihak kepada mereka.
Menurut sumber, kehilangan beberapa lagi individu yang pernah dilaporkan sebelum ini selepas berurusan dengan peguam terbabit dipercayai turut menjadi mangsa pembunuhan kumpulan berkenaan.“Mungkin selama ini mereka terlepas dari sebarang tindakan kerana kerja yang dilakukan mereka itu agak teliti dan menghapuskan bukti dengan cara membakar mangsa.“Namun, dalam kes terbaru ini, polis menemui beberapa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai ‘kunci’ bagi mengesan perbuatan kejam dilakukan kumpulan pembunuh itu,” katanya.
Susulan daripada itu, polis menahan lapan suspek termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu berusia antara 19 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan selain beberapa lagi bahan bukti yang digunakan semua suspek.
Aidilfitri 2010...
Thursday, September 2, 2010
Tarikh lihat anak bulan Syawal - 8 September 2010 (Rabu)
Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Aidilfitri tahun ini ialah pada 8 September 2010 ini (29 Ramadhan 1431H).
Ia akan dilakukan di 30 tempat yang telah ditetapkan di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan.
Tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindung, Kuantan (Pahang).Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).-
Bernama
Wednesday, September 1, 2010
Model Muka Buruk / Hodoh..
Selalu kalau cite pasal model mesti kita pikir sume yang cantik2 je, tp kat U.S ada satu agency model mmg khas untuk org yg tak cantik dan buruk... termasuk gak yg pelik2... paling tua umur 100 thn pon ada wey... siapa ada rancangan reality sekali tau... agaknye mcm America's Next Top Model tak... korang try le tgk pic dorang k, ada beratus-ratus dlm ni smp menyampah lak nak tgk....
klik situ----> Model buruk..
Monday, August 30, 2010
Guru disiplin promosi ubat seks (TAK SENONOH...!)
JOHOR BAHRU: ‘Cikgu Power.’ Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.
Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa. Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar.
Tiada siapa boleh ganti Achik
SEJAK zaman remaja hinggalah berstatus ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana Mohd Alias cukup serasi bernaung di bawah syarikat rakaman, Fantasia Music City (FMC) Sdn Bhd, sekalipun selepas kematian pasangan duet setianya, Allahyarham Achik Spin.
Tidak dinafikan pemergian mengejut Achik atau Abdillah Murad Md Shari, 28, ke rahmatullah pada 17 April lalu begitu menyedihkan Siti Nordiana atau Nana. Namun, apakan daya Tuhan lebih menyayangi Achik.Timbul persoalan apakah Nana akan mencari pasangan duet baru untuk meneruskan kariernya?Ujar anak jati Felda Sendayan, Negeri Sembilan ini, dia tidak akan mencari pengganti arwah sahabat lamanya yang dikenali sejak usia 14 tahun dulu.“Tiada sesiapa yang boleh gantikan arwah Achik sebagai rakan duet saya. “Ini kerana saya yakin peminat sudah sebati dengan gandingan kami. Malah, lagu duet kami seperti Paling Comel dan Benang Emas pun masih diingati.
“Lagipun, tak seronok rasanya menyanyi dengan orang lain berbanding arwah. Kami ada keserasian. Sekarang, apabila arwah sudah tiada, barulah saya percaya pada kata-kata peminat yang anggap kami pasangan kembar.“Biasalah, dulu di mana saja saya mengadakan persembahan, mesti bersama Achik. Oleh itu, mulai sekarang saya kena bergerak sendirian dan harus membiasakan diri tanpa Achik,” katanya yang akan beraya tanpa anak di sisi.
Berusia 26 tahun, Nana berkata dia sangat bersimpati dengan Tasha atau HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, balu rakannya, Achik. Jelasnya, Tasha seorang wanita yang tabah dan sabar dalam membesarkan dua anaknya, Puteri Nursafiyya dan Puteri Nur Sumayya.Kata Nana, melihatkan kekuatan Tasha itu sebagai sahabat, dia hanya mampu memberikan sokongan. Akui Nana, dia juga selalu menziarah pusara Achik sekiranya pulang ke kampung kerana persahabatan mereka sentiasa kekal abadi.
Saturday, August 14, 2010
Bazar Ramadan di Jasin dilanda ribut, dua peniaga maut
JASIN – Dua peniaga bazar Ramadan di Stadium Jasin di sini maut akibat ditimpa payung gerai yang berterbangan setinggi tiang lampu 40 meter dalam kejadian ribut semalam.
Monday, August 9, 2010
Cinta Datang lagi...
Kat Sh Alam ni bulan pose meriah sikit sbb banyak bazar ramadan, kat Sect 7, Sect 2, Dpn Unisel kalo nak jauh sikit pegi le kat PKNS tu.. tapau pastu mkn kat dataran sh alam.. layan wey...!
So kepada semua pembaca blog ini, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, jgn ponteng puasa, rajin2 le pg terawih..
*teringat masa budak2 dulu, puasa puasa jugak, tp curi2 minum air paip kat bilik.. konon angkat air sembhyang la...telan air yg lebih...