Buat blog je dan dapat duit... Masyukkk....

Followers

Buat blog je pastu dapat le duit....

Monday, August 30, 2010

Guru disiplin promosi ubat seks (TAK SENONOH...!)



JOHOR BAHRU: ‘Cikgu Power.’ Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.


Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa. Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar.


Bapa pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Min berkata, dia terkilan apabila mengetahui ketua guru disiplin itu penjual ubat kuat seks dan memiliki laman web sendiri bagi mempromosikan barangan berkenaan. “Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnya di laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesion perguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah. “Dia sepatutnya menjadi contoh baik dan bukan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual produk seumpama itu,” katanya di sini, semalam.


Min mula menyedari perbuatan tidak bertanggungjawab guru itu selepas mendapati anaknya yang belajar di sekolah itu membawa pulang beberapa risalah bertajuk ‘Abang Best’. “Saya terkejut kerana laman web produk itu yang tercatat pada risalah memang wujud dan ia bertujuan mempromosikan sejenis gel bagi mengatasi masalah ejakulasi pramatang.


“Laman web itu amat tidak sesuai bagi tatapan pelajar kerana ia boleh membawa pengaruh buruk dan penularan gejala sosial,” katanya yang berharap guru terbabit dikenakan tindakan bagi mengelak perbuatannya berterusan. “Saya berharap Jabatan Pelajaran Johor memandang serius perkara itu,” katanya. Ibu bapa pelajar sekolah itu juga ada membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini, pada 16 Ogos lalu selain mengemukakan aduan kepada pihak pengurusan sekolah.


Aduan turut dikemukakan di Jabatan Pelajaran Johor selain Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Sufa’at Tumin, berkata pihaknya menerima aduan ibu bapa pelajar berkaitan dakwaan terhadap guru terbabit dan siasatan terhadap guru itu dijalankan. “Kami perlu meneliti pekeliling pelantikan jawatan sebagai guru sama ada membenarkan seseorang untuk berniaga di luar. Kami juga akan menyiasat dakwaan yang menyatakan guru terbabit cuba mempengaruhi pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Tiada siapa boleh ganti Achik






SEJAK zaman remaja hinggalah berstatus ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana Mohd Alias cukup serasi bernaung di bawah syarikat rakaman, Fantasia Music City (FMC) Sdn Bhd, sekalipun selepas kematian pasangan duet setianya, Allahyarham Achik Spin.


Tidak dinafikan pemergian mengejut Achik atau Abdillah Murad Md Shari, 28, ke rahmatullah pada 17 April lalu begitu menyedihkan Siti Nordiana atau Nana. Namun, apakan daya Tuhan lebih menyayangi Achik.Timbul persoalan apakah Nana akan mencari pasangan duet baru untuk meneruskan kariernya?Ujar anak jati Felda Sendayan, Negeri Sembilan ini, dia tidak akan mencari pengganti arwah sahabat lamanya yang dikenali sejak usia 14 tahun dulu.“Tiada sesiapa yang boleh gantikan arwah Achik sebagai rakan duet saya. “Ini kerana saya yakin peminat sudah sebati dengan gandingan kami. Malah, lagu duet kami seperti Paling Comel dan Benang Emas pun masih diingati.

“Lagipun, tak seronok rasa­nya ­menyanyi dengan orang lain ­berbanding arwah. Kami ada keserasian. Sekarang, apabila arwah sudah tiada, barulah saya percaya pada kata-kata peminat yang anggap kami pasangan kembar.“Biasalah, dulu di mana saja saya mengadakan persembahan, mesti bersama Achik. Oleh itu, mulai sekarang saya kena bergerak sendirian dan harus membiasakan diri tanpa Achik,” katanya yang akan beraya tanpa anak di sisi.

Berusia 26 tahun, Nana berkata dia sangat bersimpati dengan Tasha atau HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, balu rakannya, Achik. Jelasnya, Tasha seorang wanita yang tabah dan sabar dalam membesarkan dua anaknya, Puteri Nursafiyya dan Puteri Nur Sumayya.Kata Nana, melihatkan kekuatan Tasha itu sebagai sahabat, dia hanya mampu memberikan sokongan. Akui Nana, dia juga selalu menziarah pusara Achik sekiranya pulang ke kampung kerana persahabatan mereka sentiasa kekal abadi.



Saturday, August 14, 2010

Bazar Ramadan di Jasin dilanda ribut, dua peniaga maut



JASIN – Dua peniaga bazar Ramadan di Stadium Jasin di sini maut akibat ditimpa payung gerai yang berterbangan setinggi tiang lampu 40 meter dalam kejadian ribut semalam.


Mereka yang terkorban dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan Mahadi Mohamad, pembantu kedai martabak.Mereka terkorban akibat hentakan batang besi payung gerai yang berterbangan.


Selain dua mangsa yang terkorban, seorang lagi peniaga parah dan 18 lagi cedera ringan.Jurucakap polis berkata, ribut selama kira-kira tiga minit itu melanda pada pukul 4.45 petang semasa 23 peniaga di bazar itu sedang menyiapkan juadah masing-masing untuk dijual.


“Ribut tanpa hujan itu terlalu kencang sehingga semua barang berterbangan dan ramai peniaga rebah,” katanya.Jurucakap polis itu memberitahu, kejadian ribut kencang itu adalah yang pertama kali berlaku dan terburuk di daerah ini.


Sementara itu, seorang peniaga, Norhafizah Shiraj, 24, berkata, ribut itu datang secara tiba-tiba tanpa hujan.“Saya yang sedang menjual char kuey teow tidak dapat berpaut pada apa-apa menyebabkan saya terjatuh ditolak angin,” kata Norhafizah


Jelasnya, kejadian itu sangat menakutkan kerana ramai yang menjerit-jerit apabila semua barang berterbangan.




- KOSMO!

Monday, August 9, 2010

Cinta Datang lagi...

2-3 ari lg nak sambut Ramadhan... thn ni beza skt, aku sambut Ramadhan kat kampung. Rindu kalo time bulan pose masa dok Sh Alm... petang2 pg bazar beli mknan dengan housemate, takpun dgn besfren aku si Liza n the gang bang....!
Kat Sh Alam ni bulan pose meriah sikit sbb banyak bazar ramadan, kat Sect 7, Sect 2, Dpn Unisel kalo nak jauh sikit pegi le kat PKNS tu.. tapau pastu mkn kat dataran sh alam.. layan wey...!
So kepada semua pembaca blog ini, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, jgn ponteng puasa, rajin2 le pg terawih..

*teringat masa budak2 dulu, puasa puasa jugak, tp curi2 minum air paip kat bilik.. konon angkat air sembhyang la...telan air yg lebih...



Thursday, August 5, 2010

Tumbuhan pelik....

Post ni lak ada tumbuhan pelik..cantik... tp knp benda ni susah nak tgk ek...



Tangan Buddha
Terdapat di Asia, kalau di Jepun atau China ia digunakan sebagai pewangi bilik sbb baunya yg kuat dan di barat sebagai bahan masakan

Kaktus Otak
Sebijik mcm otak manusia kan....


'Happy Face'
Bole nampak rupa org tgh senyum siap ada bulu mata lagi...


Cendawan Zombie
Cendawan mcm bentuk tangan org mati.. nampak pucat je baru kuar dr tanah... Seraammmm...!!!



Spesis helicornia..
aku tak tau nama saintifik dia.. tp nmpk mcm banyak mata kan...



Bintang Laut..
Cantik kan... Tp sayang baunya busuk. Bunga ni lbh kurang mcm Raflesia kuarkan bau busuk untuk tarik perhatian serangga utk dijadikan makanan..






Binatang Aneh


Binatang-binatang yang ada kat bawah ni antara binatang aneh yg pernah hidup dan masih terdapat di muka bumi ni... Ada yang aku pun tak penah tengok pon... ada yg pelik... tp comel gak...



Aiieaiie Ayeaye
Aksolotal Axolotl
Alpaka Alpaca

Angora Rabbit



Blobfish




Dumbo Octopus


Emperor Tamarin


Frill-necked-Lizard


Hagfish


Komondor Dog


Narwal



Proboscis Monkey


Pygmy Marmoset



Red Panda



Saki Monkey


Shoebill

Starnosed Mole


Suckerfooted Bat


Sun Bear


Tapir


Yeti Crab








Wednesday, August 4, 2010

Edit foto -Adobe Lightroom 3

Ok, kali ni aku ak share software yg aku br upload br2 ni.. sesuai pada sape yg minat edit photo terutama yg snap guna DSLR... Lightroom ni bole edit pic kasik pic korang lg nmpk cantik n real... aku br je guna, n nak kena belajar lg guna benda ni... rajin2 le tgk tutorial kat Youtube k....
Kat bwh ni contoh pic yg aku dah siap edit...!


Sebelum

Selepas
Download Lightroom 3