Buat blog je dan dapat duit... Masyukkk....

Followers

Buat blog je pastu dapat le duit....

Monday, August 30, 2010

Tiada siapa boleh ganti Achik






SEJAK zaman remaja hinggalah berstatus ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana Mohd Alias cukup serasi bernaung di bawah syarikat rakaman, Fantasia Music City (FMC) Sdn Bhd, sekalipun selepas kematian pasangan duet setianya, Allahyarham Achik Spin.


Tidak dinafikan pemergian mengejut Achik atau Abdillah Murad Md Shari, 28, ke rahmatullah pada 17 April lalu begitu menyedihkan Siti Nordiana atau Nana. Namun, apakan daya Tuhan lebih menyayangi Achik.Timbul persoalan apakah Nana akan mencari pasangan duet baru untuk meneruskan kariernya?Ujar anak jati Felda Sendayan, Negeri Sembilan ini, dia tidak akan mencari pengganti arwah sahabat lamanya yang dikenali sejak usia 14 tahun dulu.“Tiada sesiapa yang boleh gantikan arwah Achik sebagai rakan duet saya. “Ini kerana saya yakin peminat sudah sebati dengan gandingan kami. Malah, lagu duet kami seperti Paling Comel dan Benang Emas pun masih diingati.

“Lagipun, tak seronok rasa­nya ­menyanyi dengan orang lain ­berbanding arwah. Kami ada keserasian. Sekarang, apabila arwah sudah tiada, barulah saya percaya pada kata-kata peminat yang anggap kami pasangan kembar.“Biasalah, dulu di mana saja saya mengadakan persembahan, mesti bersama Achik. Oleh itu, mulai sekarang saya kena bergerak sendirian dan harus membiasakan diri tanpa Achik,” katanya yang akan beraya tanpa anak di sisi.

Berusia 26 tahun, Nana berkata dia sangat bersimpati dengan Tasha atau HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, balu rakannya, Achik. Jelasnya, Tasha seorang wanita yang tabah dan sabar dalam membesarkan dua anaknya, Puteri Nursafiyya dan Puteri Nur Sumayya.Kata Nana, melihatkan kekuatan Tasha itu sebagai sahabat, dia hanya mampu memberikan sokongan. Akui Nana, dia juga selalu menziarah pusara Achik sekiranya pulang ke kampung kerana persahabatan mereka sentiasa kekal abadi.



1 comment:

  1. Nice post, thanks for sharing ! To download free ringtone for mobile, invite you visit here: https://freeiphoneringtones.mobi/best-ringtones

    ReplyDelete