Buat blog je dan dapat duit... Masyukkk....

Followers

Buat blog je pastu dapat le duit....

Saturday, April 11, 2009

KEMPEN -----> Kurangkan penggunaan plastik




KEMPEN:KURANGKAN PENGGUNAAN PLASTIK


Plastik, keperluan atau kehendak?
Tahukah anda ?
Kajian terbaru mendapati bahawa :




Plastik penyebab OBESITI kerana kandungan bahan kimia ‘Phthalates’ di dalamnya yang mengganggu hormon pada sistem endokrin manusia...!!!!

Phthalates bertindak balas secara aktif apabila terdedah kepada suhu tinggi spt bungkusan teh panas, air botol dalam kereta akibat pemanasan cahaya matahari, plastik dalam microwave dan sebagainya..




Cara mengatasi……









  • Elakkan makanan/minuman panas di dalam bekas plastik.
  • Gunakan bekas kaca.Elakkan bahan berasid dan beralkali spt jeruk dan minuman bergas kerana ia boleh menghakis botol plastik.
  • Elakkan penggunaan botol susu yang mempunyai ‘phthalates’ dan bisphenol A.
  • Elakkan tabiat anak menggigit straw, puting susu,’toy’ dan hujung pen kerana Phthalates akan meresap ke dalam badan melalui air liur.


Ambillah tindakan bijak anda dengan :
  • Membawa bekas sendiri ketika membungkus makanan atau minuman
  • Membawa beg mesra alam ke Komplek Beli Belah.
  • Menghantar semula plastik yang telah digunakan ke pusatkitar semula.

Fikirkan generasi kita, tindakan hari ini akan menentukan kesihatan sejagat.Khidmat masyarakat ini dibawakan oleh :



Program Kesihatan PersekitaranFakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan










2 comments: