Wednesday, June 24, 2009
Fadhilat Rejab...
Diam tak diam, dah pun masuk bulan Rejab 1430H.. Sebenarnye bulan Rejab ni byk sangat kelebihannya selain Ramadhan dan bulan2 yang lain.. Keistimewaan dan keagunganya hingga Rasulullah menamakannya sebagai bulan Allah s.w.t..
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Sebenarnye banyak lagi fadhilat Rejab ni, kalo nak diterangkan mmg tak cukup... begitulah Maha Pemurahnya Allah s.w.t pada umat Muhammad..
Jalan2 ke Portugis Settlement
Malam ni biasa je, ada fun fair, ada kedai2 jual2 brg.. ada live band je..
Tuesday, June 23, 2009
Makan durian...
Pasangan suami isteri yg sanggup bersengkang mata mencari rezeki di tgh2 mlm...
Jom kita mkn smp kembong.. sapa yg dah kembong tu...????
Buah binjai pon ada...
Eeeerrgghhh.... Alhamdullillah.. Hah? satu bakul kena bedal...!!!
Lps mkn durian, kita singgah minum kat kedai ni lak... Tengah2 mlm kitowang jalan-jalan cr mkn
Nasi nasi... takde! Dah tgh malam.... Aku bedal lauk je.. ni sotong goeng sambal.. sedaap n lazat!
Saturday, June 20, 2009
Selamat Hari Bapa...
20 Jun setiap tahun, Hari Bapa... ada owang panggil Ayah, Papa, Abah, Appa, Daddy, Walid, mcm2 lagi lah... tp aku ada satu je..
Ni aku ada kisah nak cite, sepanjang umo aku yg dh nak masuk Asar ni (belum Maghrib ok...), cuma skali je babah penah pukul aku, masa tu umo aku dlm 12-13 thn ar... sbb nye, masa tu aku, abg aku, n adik aku ponteng ngaji...Rasanye 3-4 ari gak kitowang ponteng, yg ajar ngaji lak mak sedara aku, nama dia Nde Seha (panggilan utk makcik, keturunan syed n sharifah)... macamana la kitowang tak ponteng, dia garang, rotan lak dh standy kat tgh blkg ni, tunggu salah je, terus dia libas... adooiiiii...!!!
Biasa nye time ponteng ngaji ni, kitowang lepak kat kedai, mkn aiskrim.. agak2 dh cukup time, balik la umah... tp satu ari tu, nasib tak baik la... dia sudah kol bapak aku... dia cakap.."Mail, anak kau dh lama tk dtg ngaji ni, nak ngaji lg ke tak ni...?" berdesing agaknye bapak aku dgr, balik umah je, bapak aku masuk dlm bilik, tiga-tiga owang kena bantai dgn tali pinggang... kan dah kena.... (melalak je lebih, sbnrnye bapak aku pukul tak sakit, tp sbb 1st time kena kan, so mcm sedih je ar...)
Skrg dh berbelas thn kes ni berlalu.. dh jd kenangan manis dh... *moral of the story " JANGAN PONTENG MENGAJI...!"
Thursday, June 18, 2009
Bulan Teknologi Pertanian...
www.otak-otak-melaka.blogspot.com
Selasa lps (16 Jun 2009) aku berada di Stesen MARDI Kuala Linggi, Melaka sempena Majlis Perasmian Inkubator Minyak Pati & Upacara Penutup Bulan Teknologi Pertanian.
So, dtg sana bertiga dgn akak n abg ipar aku je (Kak Mala & Abg Sukri), antara usahawan jemputan dr pihak MARDI. kitowang diberi satu booth utk produk Cahaya Mala Enterprise. Hari tu kita tak jual produk, tetapi memberi Otak-Otak Melaka dan Popia Otak-Otak secara percuma kepada tetamu dan orang ramai yg dtg ke booth...
Ni pun strategi promosi gak, setakat ni Cahaya Mala Ent dah pun membekal Otak-Otak Melaka di Bandar Melaka, Merlimau, Masjid Tanah, Alor Gajah Tampin, Senawang, Puncak Alam, dan beberapa kwsn kat KL.. Syukur, Alhamdulillah..
Friday, June 12, 2009
Karnival Jualan Mega '09
Last week, aku jaga booth Otak-Otak Melaka kat Dataran Pahlawan, Melaka selama 3 ari.. anjuran MARA.. ermm.. nak tau lebih kisah pasal tu.. klik je..---> www.otak-otak-melaka.blogspot.com
Monday, June 1, 2009
Besday Babah...
Arini (31/05/2009) ada kenduri skt sempena besday babah ke-63 n anak buah aku yg ke-3... so adalah uat sikit jamuan untuk keluarga dan kenalan rapat. Majlis start pkl 12 sbb uat baca Yassin n baca doa... pastu br la makan2.. takde acara potong kek eh, kek ada 4 biji, sapa nak mkn potong je..
Menu yg ada, nasi Bukhari, kurma ayam, kuah dalca n acar buah (katering je)... Tp ada request food, mak aku nak mkn spagethi alfredo, so aku masakkan le, dgn bolognese skali... abes...!
Ni le rupa, benda yg aku sempat masak utk mak aku.. sedap ek....!
Lps abes kenduri, kemas2 khemah, meja.. aku dgn geng kampung sempat2 la pose jap... aku tunjuk yg ni je la dr berpuluh pic yg kena snap... hv fun..